dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 fasa 3, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Kelas Sunting Video 1

19 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 ini dapat mencungkil bakat-bakat anak muda dalam bidang kemahiran ICT. Selain itu, para remaja berpeluang mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah bersama rakan-rakan yang lain. Mereka juga diberi tugasan secara berkumpulan dimana dapat mengajar mereka untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan betul. Selain itu, mereka juga didedahkan peringkat awal perniagaan iaitu membuat poster untuk mengiklankan produk/servis yang mereka jalankan. Aktiviti ini memberi kemahiran ICT serta keusahawanan dalam pada masa yang sama. Peserta harus melukis storyboard sebelum mereka zahirkan pada video yang akan dilakukan kelak supaya peserta tidak tercari-cari jalan cerita, tema, video latar sesuatu video yang dicipta kerana asas pembangunan sesuatu video atau klip bermula dari storyboard yang menarik.PI menyediakan latihan serta program yang menarik untuk remaja setempat mengikuti semasa cuti sekolah berlangsung. Program ini dianjurkan khusus pada bulan Disember selama tiga minggu berturut-turut. Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengasah bakat kepimpinan di antara mereka. Disamping itu, kemahiran ICT juga dimuatkan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Kami juga mengisi setiap aktiviti yang dijalankan dengan ilmu-ilmu teknologi dan tips-tips keselamatan dari Program Klik Dengan Bijak supaya mereka mudah menerapkan info yang diberikan dalam kehidupan seharian. Aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti individu dan berkumpulan yang menguji daya pemikiran KBKK dan kreativiti mereka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.